Tempat Mustajab Doa di Masjidil Haram - Jazmie Jamaludin

Tempat Mustajab Doa di Masjidil Haram

Di hujung tahun 2022 ini ramai mengambil kesempatan membawa keluarga menunaikan Ibadah Umrah di Tanah Suci. Semua merindukan suasana untuk beribadah di dalam Masjidil Haram dan masing-masing mempunyai doa-doa permintaan yang mahu dimohon sepanjang berada di sana. Jadi disini kami senaraikan 5 tempat utama mustajab untuk berdoa semasa berada di Masjidil Haram untuk perkongsian bersama.
 
#1 MULTAZAM

Multazam adalah antara tempat yang paling mustajab berdoa. Kawasan Multazam ni terletak antara Hajar Aswad dengan pintu Kaabah. Sekiranya jemaah berpeluang mendekati kawasan ini, berdoalah sepuas-puasnya.

 #2 HADAPAN PINTU KAABAH

Depan pintu Kaabah juga adalah antara tempat yang paling mustajab berdoa. Selalunya memang sangat sesak keadaan di sini. Jika diberi rezeki oleh Allah untuk jemaah berada di depan pintu Kaabah, jangan lepaskan peluang untuk berdoa dengan bersungguh-sungguh.

#3 HIJIR ISMAIL

Hijir ismail merupakan sebahagian dari kaabah dan memiliki keistimewaan tersendiri yang menjadikan salah satu tempat yang mustajab untuk berdoa. Jika berkesempatan dan ada ruang, lakukanlah solat sunat di sini dan berdoalah sebanyak mungkin ketika berada di situ.

 #4 RUKUN YAMANI

Di Rukun Yamani dikatakan di sini Allah SWT mewakilkan seramai 70 Malaikat untuk mengaminkan doa para jemaah. Rukun yamani merupakan sudut Kaabah yang mengarah ke yaman. Saat tawaf lalu sampai di antara rukun yamani, jadi berdoa la sebanyak yang mungkin. 

#5 BELAKANG MAQAM IBRAHIM

Di belakang Maqam Ibrahim adalah tempat kebiasaannya para jemaah melakukan solat sunat selepas selesai melaksanakan Ibadah tawaf. Di sini juga adalah antara tempat paling mustajab berdoa. Maka perbanyaklah berdoa ketika berada di Maqam.

Kembali
1 of 4
1 of 4
  • Lafaz Al-Jalalah ( ٱلله )

    Lafaz Al-Jalalah ( ٱلله )

    Kalimah Allah ataupun Lafaz Al-Jalalah asalnya ditulis ada Alif kecil (ٱلله). Tetapi dalam penulisan Rasm Uthmani Alif kecil telah dihazafkan tetapi dalam bacaan masih ada mad / dipanjangkan. Jika dibaca...

  • Huruf ق (Qof) - Jazmie Jamaludin

    Huruf ق (Qof)

    Huruf ق sifat ketebalannya sama seperti huruf غ dan خ. Iaitu sifat Isti'la' dan Infitah. Yakni pangkal lidah ternaik tetapi lidah tiada lekukan.   Maknanya sifat tebal dia tetapi tak...

    Huruf ق (Qof)

    Huruf ق sifat ketebalannya sama seperti huruf غ dan خ. Iaitu sifat Isti'la' dan Infitah. Yakni pangkal lidah ternaik tetapi lidah tiada lekukan.   Maknanya sifat tebal dia tetapi tak...

  • Beza Mad & Bukan Mad - Jazmie Jamaludin

    Beza Mad & Bukan Mad

    Huruf Mad (ي و ا) selepasnya jika ada Hamzah (ء) @  sukun @ Sabdu mesti dalam satu kalimah, baru kita boleh baca panjang. Kalau dalam dua kalimah, tak boleh jadi...

    Beza Mad & Bukan Mad

    Huruf Mad (ي و ا) selepasnya jika ada Hamzah (ء) @  sukun @ Sabdu mesti dalam satu kalimah, baru kita boleh baca panjang. Kalau dalam dua kalimah, tak boleh jadi...

  • Sabdu atau Syaddah - Jazmie Jamaludin

    Sabdu atau Syaddah

    Sabdu ataupun Syaddah ( شدة ) mewakili 2 huruf. Contoh زّ، رّ، ضّ ، dan lain-lain huruf semuanya mempunyai cara yang berlainan untuk bunyikannya. Ada 5 situasi cara membunyikan huruf yang...