Huruf ق (Qof) - Jazmie Jamaludin

Huruf ق (Qof)

Huruf ق sifat ketebalannya sama seperti huruf غ dan خ. Iaitu sifat Isti'la' dan Infitah. Yakni pangkal lidah ternaik tetapi lidah tiada lekukan.

Maknanya sifat tebal dia tetapi tak boleh disamakan dengan huruf-huruf yang bersifat isti'la' dan Itbaq (ص ض ط ظ). Yakni pangkal lidah ternaik dan lidah ada lekukan.

Huruf ق selalu tertukar jadi huruf ك atau خ ataupun ء. Contoh sebutan asal Bahasa Melayu ialah تيدق tetapi bila disebut, bunyinya seperti تيداء kerana tulisan ruminya diubah menjadi "tidak". 

Huruf ق walaupun ejaan hurufnya ada ف yakni قاف, tetapi bila berbaris, tiada angin dikeluarkan. Kesalahan biasa ialah pada kalimah قَالُو. Bila menyebut قَ, sepatutnya tiada angin kerana sifatnya Jahr. Ingat ye, anginnya tersekat. 

Huruf ق ada sifat Qalqalah ataupun lantunan. Lantunannya mesti dibunyikan tak boleh jadi syiddah@bunyi terhenti terus. Contoh:

{ قُلۡ أَعُوذُ بِرَبِّ ٱلۡفَلَقِ }

[Surah Al-Falaq: 1]

Bila waqaf pada kalimah ٱلۡفَلَقِ, Qalqalah ق mesti dibunyikan. Bukan bunyinya datang dari hujung mulut "kok" tapi hasil dari lantunan dipangkal lidah. Mulut tidak dimuncungkan. 

Kesalahan lain ialah apabila ق berbaris bawah, menjadi terlalu nipis hingga seperti ك. Contoh:

{ ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَ ٰ⁠طَ ٱلۡمُسۡتَقِیمَ }

[Surah Al-Fâtihah: 6]

Bunyi ِق tetap tebal pada kalimah ٱلۡمُسۡتَقِیمَ, tetapi ketebalannya tidak sama seperti bila baris atas atau depan. Tetapi tidak terlalu nipis hingga terlari makhrajnya menjadi huruf ك. 

Hati-hati ye, bila tertukar huruf, tertukar makna.

Kembali ke blog
1 dari 4
1 dari 4
  • Lafaz Al-Jalalah ( ٱلله )

    Lafaz Al-Jalalah ( ٱلله )

    Kalimah Allah ataupun Lafaz Al-Jalalah asalnya ditulis ada Alif kecil (ٱلله). Tetapi dalam penulisan Rasm Uthmani Alif kecil telah dihazafkan tetapi dalam bacaan masih ada mad / dipanjangkan. Jika dibaca...

  • Huruf ق (Qof) - Jazmie Jamaludin

    Huruf ق (Qof)

    Huruf ق sifat ketebalannya sama seperti huruf غ dan خ. Iaitu sifat Isti'la' dan Infitah. Yakni pangkal lidah ternaik tetapi lidah tiada lekukan.   Maknanya sifat tebal dia tetapi tak...

    Huruf ق (Qof)

    Huruf ق sifat ketebalannya sama seperti huruf غ dan خ. Iaitu sifat Isti'la' dan Infitah. Yakni pangkal lidah ternaik tetapi lidah tiada lekukan.   Maknanya sifat tebal dia tetapi tak...

  • Beza Mad & Bukan Mad - Jazmie Jamaludin

    Beza Mad & Bukan Mad

    Huruf Mad (ي و ا) selepasnya jika ada Hamzah (ء) @  sukun @ Sabdu mesti dalam satu kalimah, baru kita boleh baca panjang. Kalau dalam dua kalimah, tak boleh jadi...

    Beza Mad & Bukan Mad

    Huruf Mad (ي و ا) selepasnya jika ada Hamzah (ء) @  sukun @ Sabdu mesti dalam satu kalimah, baru kita boleh baca panjang. Kalau dalam dua kalimah, tak boleh jadi...

  • Sabdu atau Syaddah - Jazmie Jamaludin

    Sabdu atau Syaddah

    Sabdu ataupun Syaddah ( شدة ) mewakili 2 huruf. Contoh زّ، رّ، ضّ ، dan lain-lain huruf semuanya mempunyai cara yang berlainan untuk bunyikannya. Ada 5 situasi cara membunyikan huruf yang...