Kalimah Allah ataupun Lafaz Al-Jalalah asalnya ditulis ada Alif kecil (ٱلله).
Tetapi dalam penulisan Rasm Uthmani Alif kecil telah dihazafkan tetapi dalam bacaan masih ada mad / dipanjangkan.
Jika dibaca wasol / sambung, Lafaz Jalalah dibaca sebagai Mad Asli yakni 2 harakat.
Jika dibaca waqof / berhenti, dibaca sebagai Mad Aridh Lissukun iaitu 2 @ 4 @ 6 Harakat.
Huruf Lam kedua dalam Lafaz Jalalah dibaca tebal (taghliz) apabila huruf sebelumnya berbaris atas/depan.
Jika huruf sebelumnya berbaris bawah, maka dibaca nipis (tarqiq).