Makhraj huruf ق & ك berdekatan. Kedua-duanya di pangkal lidah.
Yang membezakan mereka adalah huruf ق sentuh anak tekak, manakala huruf ك ke depan sedikit sentuh lelangit lembut.
Kena dengar betul-betul sebutan kita kerana tersilap sikit Makhraj, akan menukarkan makna.
Kalau كل maknanya makanlah, kalau قل maknanya katakanlah.
Huruf ق tebal, huruf ك nipis.
Huruf ق takde angin, huruf ك ada angin sikit.
Jika kita fahami betul-betul sifat & Makhraj, insya-Allah kita tak tertukar huruf.