Azan Dikumandangkan Semasa Sedang Bertawaf
Permasalahan:
- Apabila masuk wuduk solat, azan akan dikumandangkan sedangkan ramai orang sedang bertawaf. Apakah panduan pada masa itu, adakah meneruskan tawaf atau berhenti dan bersedia untuk mendirikan solat dengan mengerjakan solat sunat rawatib bagi solat waktu itu?
Penyelesaian:
Tawaf boleh diteruskan sehingga iqamat di mana semua orang akan berhenti tawaf dan menyertai imam solat berjemaah di Masjid Haram dan menyambung semula tawaf itu selepas solat.
Adalah afdhal menangguhkan tawaf dan mengerjakan solat sunat rawatib sebagai menyediakan diri untuk solat berjemaah bersama imam Masjid Haram kerana di sisi Allah, waktu itu adalah untuk bersedia mendirikan solat yang di azankan, sementara tawaf boleh ditangguhkan dan disambung semula selepas solat.