Dirempuh Orang Semasa Tawaf Sehingga Beralih Kedudukan Badan / Bahu Yang Mengirikan Kaabah - Jazmie Jamaludin

Dirempuh Orang Semasa Tawaf Sehingga Beralih Kedudukan Badan / Bahu Yang Mengirikan Kaabah

Permasalahan:

  • Ada masanya, semasa mengerjakan tawaf, ada pihak lain melanggar sehingga beralih kedudukan badan/bahu kiri daripada bersententangan kaabah. Apa yang perlu kita lakukan jika berlaku keadaan ini?

Penyelesaian:

Jika kita dilanggar orang semasa mengerjakan tawaf dan beralih kedudukan badan/bahu kiri daripada bersetentangan kaabah, tindakannya adalah seperti berikut:

Pastikan bahu kiri masih bersetentangan kaabah. Jika masih bersetentangan kaabah, walaupun tidak sepenuhnya dengan bahu kiri, maka tawaf tersebut boleh diteruskan kerana ia tidak terbatal.

Jika sekiranya kedudukan bahu kiri kita tidak bersetentangan dengan mana-mana bahagian dinding kaabah termasuk Hijir Ismail, kita masih boleh meneruskan tawaf dengan cara membetulkan semula kedudukan bahu supaya bersetentangan dengan kaabah.

Jika tidak berbuat seperti yang telah dinyatakan, maka ulanglah semula pusingan pada tawaf yang teralih kedudukan bahu kirinya itu daripada kaabah kerana tawaf itu telah terbatal.

Kembali ke blog
1 dari 4
1 dari 4
  • Lafaz Al-Jalalah ( ٱلله )

    Lafaz Al-Jalalah ( ٱلله )

    Kalimah Allah ataupun Lafaz Al-Jalalah asalnya ditulis ada Alif kecil (ٱلله). Tetapi dalam penulisan Rasm Uthmani Alif kecil telah dihazafkan tetapi dalam bacaan masih ada mad / dipanjangkan. Jika dibaca...

  • Huruf ق (Qof) - Jazmie Jamaludin

    Huruf ق (Qof)

    Huruf ق sifat ketebalannya sama seperti huruf غ dan خ. Iaitu sifat Isti'la' dan Infitah. Yakni pangkal lidah ternaik tetapi lidah tiada lekukan.   Maknanya sifat tebal dia tetapi tak...

    Huruf ق (Qof)

    Huruf ق sifat ketebalannya sama seperti huruf غ dan خ. Iaitu sifat Isti'la' dan Infitah. Yakni pangkal lidah ternaik tetapi lidah tiada lekukan.   Maknanya sifat tebal dia tetapi tak...

  • Beza Mad & Bukan Mad - Jazmie Jamaludin

    Beza Mad & Bukan Mad

    Huruf Mad (ي و ا) selepasnya jika ada Hamzah (ء) @  sukun @ Sabdu mesti dalam satu kalimah, baru kita boleh baca panjang. Kalau dalam dua kalimah, tak boleh jadi...

    Beza Mad & Bukan Mad

    Huruf Mad (ي و ا) selepasnya jika ada Hamzah (ء) @  sukun @ Sabdu mesti dalam satu kalimah, baru kita boleh baca panjang. Kalau dalam dua kalimah, tak boleh jadi...

  • Sabdu atau Syaddah - Jazmie Jamaludin

    Sabdu atau Syaddah

    Sabdu ataupun Syaddah ( شدة ) mewakili 2 huruf. Contoh زّ، رّ، ضّ ، dan lain-lain huruf semuanya mempunyai cara yang berlainan untuk bunyikannya. Ada 5 situasi cara membunyikan huruf yang...