Tawakkalna & Eatmarna - Jazmie Jamaludin

Tawakkalna & Eatmarna

  • Apa itu Tawakkalna?

Secara mudah difahaminya, aplikasi Tawakkalna umpama aplikasi MySejahtera yang kita gunakan di Malaysia.

Di Arab Saudi, orang luar atau penduduk setempat yang ingin memasuki ke mana-mana kedai, bangunan atau kawasan turut dikehendaki untuk scan kod bar yang ada bagi memudahkan pengesanan koontak rapat.

Aplikasi ini juga memudahkan pelbagai urusan lain seperti pendaftaran hotel, kemasukan ke pelbagai permis perniagaan dan sebagainya. 
 
  • Tata cara penggunaan Tawakkalna

Rakyat Malaysia yang ingin ke tanah suci wajib memuat turun aplikasi ini yang akan digunakan oleh mereka disana. 

Aplikasi ini juga akan turut mengemaskinikan status vaksinasi anda boleh membolehkan anda menunaikan ibadah umrah dengan lancar.

1. Muat turun aplikasi Tawakkalna:

2. Daftar akaun anda 
 
3. Pilih akaun ‘Visitor’ dan masukkan butiran diri 
 
4. Barcode status vaksin anda akan dipaparkan dan perlu ditunjukkan sekiranya diminta 
 
  • Apa itu Eatmarna?

Antara permohonan permit yang boleh dibuat melalui aplikasi Eatmarna adalah:

  • Tunaikan Umrah
  • Solat Fardhu di Masjidil Haram 
  • Ziarah Raudhah 
  • Ziarah Makam Rasulullah 
  • Mencium dan memegang Hajarul Aswad 
  • Solat di Hijr Ismail 

  • Cara mohon permit Umrah

1. Muat turun aplikasi Eatmarna:

2. Daftar akaun baru dengan melengkapkan butiran diri 

3. Lengkapkan pendaftaran dengan memasukkan kata laluan yang dihantar 
 
4. Pilih permit yang ingin dimohon 
 
5. Lengkapkan maklumat peribadi 
 
6. Pilih tarikh permit yang ingin dimohon
 
7. Pilih slot masa permit yang ingin dimohon 
 
8. Pilih pusat pengangkutan 
 
9. Semak butiran dan lakukan pengesahan 
 
10. Setelah permohonan selesai, anda akan menerima mesej yang mengatakan permohonan permit anda telah berjaya. 
 
Sekiranya anda ingin menukar tarikh permohonan, anda dikehendaki membatalkan permohonan lama anda terlebih dahulu. 
 
Kembali ke blog
1 dari 4
1 dari 4
  • Lafaz Al-Jalalah ( ٱلله )

    Lafaz Al-Jalalah ( ٱلله )

    Kalimah Allah ataupun Lafaz Al-Jalalah asalnya ditulis ada Alif kecil (ٱلله). Tetapi dalam penulisan Rasm Uthmani Alif kecil telah dihazafkan tetapi dalam bacaan masih ada mad / dipanjangkan. Jika dibaca...

  • Huruf ق (Qof) - Jazmie Jamaludin

    Huruf ق (Qof)

    Huruf ق sifat ketebalannya sama seperti huruf غ dan خ. Iaitu sifat Isti'la' dan Infitah. Yakni pangkal lidah ternaik tetapi lidah tiada lekukan.   Maknanya sifat tebal dia tetapi tak...

    Huruf ق (Qof)

    Huruf ق sifat ketebalannya sama seperti huruf غ dan خ. Iaitu sifat Isti'la' dan Infitah. Yakni pangkal lidah ternaik tetapi lidah tiada lekukan.   Maknanya sifat tebal dia tetapi tak...

  • Beza Mad & Bukan Mad - Jazmie Jamaludin

    Beza Mad & Bukan Mad

    Huruf Mad (ي و ا) selepasnya jika ada Hamzah (ء) @  sukun @ Sabdu mesti dalam satu kalimah, baru kita boleh baca panjang. Kalau dalam dua kalimah, tak boleh jadi...

    Beza Mad & Bukan Mad

    Huruf Mad (ي و ا) selepasnya jika ada Hamzah (ء) @  sukun @ Sabdu mesti dalam satu kalimah, baru kita boleh baca panjang. Kalau dalam dua kalimah, tak boleh jadi...

  • Sabdu atau Syaddah - Jazmie Jamaludin

    Sabdu atau Syaddah

    Sabdu ataupun Syaddah ( شدة ) mewakili 2 huruf. Contoh زّ، رّ، ضّ ، dan lain-lain huruf semuanya mempunyai cara yang berlainan untuk bunyikannya. Ada 5 situasi cara membunyikan huruf yang...