Sudah Niat Bersyarat, Keluar Darah Haid Semasa Saie - Jazmie Jamaludin

Sudah Niat Bersyarat, Keluar Darah Haid Semasa Saie

Soalan: 

Saya (seorang wanita) masuk Makkah untuk melakukan umrah dengan niat bersyarat. Dalam niat bersyarat itu saya menyebut: “jika terhalang dengan sesuatu maka halallah aku dari ihram” dan saya maksudkan dengan “terhalang dengan sesuatu”adalah “terhalang dengan haid”.

Saya memasuki Makkah dan telah melakukan tawaf umrah. Selesai tawaf umrah, saya pergi melakukan saie. Semasa saie saya didatangi haid. Saya terus saie dan tahallul.

Apakah hukum umrah saya?

Jawapan:

Dalam kes ini, memandangkan beliau maksudkan penghalang kepada dia untuk sempurnakan umrah adalah haid, maka umrahnya dikira sah. 

Ini kerana haid yang menghalang seseorang jemaah wanita untuk sempurnakan umrah ialah haid yang keluar sebelum tawaf atau semasa tawaf.

Jika berlaku dua keadaan tersebut, maka beliau secara otomatik menjadi halal dan dengan itu umrahnya tidak sah jika diteruskan juga.

Dalam Mazhab Shafie, suci daripada hadath hanya menjadi syarat sah tawaf dan bukannya saie.

Memandangkan dalam kes ini, haid beliau keluar selepas tawaf disempurnakan, maka halangan yang dimaksudkan dalam niat bersyarat tersebut tidak berlaku.

Ini kerana saie boleh dikerjakan walaupun dalam keadaan tidak suci.

Kembali ke blog
1 dari 4
1 dari 4
  • Lafaz Al-Jalalah ( ٱلله )

    Lafaz Al-Jalalah ( ٱلله )

    Kalimah Allah ataupun Lafaz Al-Jalalah asalnya ditulis ada Alif kecil (ٱلله). Tetapi dalam penulisan Rasm Uthmani Alif kecil telah dihazafkan tetapi dalam bacaan masih ada mad / dipanjangkan. Jika dibaca...

  • Huruf ق (Qof) - Jazmie Jamaludin

    Huruf ق (Qof)

    Huruf ق sifat ketebalannya sama seperti huruf غ dan خ. Iaitu sifat Isti'la' dan Infitah. Yakni pangkal lidah ternaik tetapi lidah tiada lekukan.   Maknanya sifat tebal dia tetapi tak...

    Huruf ق (Qof)

    Huruf ق sifat ketebalannya sama seperti huruf غ dan خ. Iaitu sifat Isti'la' dan Infitah. Yakni pangkal lidah ternaik tetapi lidah tiada lekukan.   Maknanya sifat tebal dia tetapi tak...

  • Beza Mad & Bukan Mad - Jazmie Jamaludin

    Beza Mad & Bukan Mad

    Huruf Mad (ي و ا) selepasnya jika ada Hamzah (ء) @  sukun @ Sabdu mesti dalam satu kalimah, baru kita boleh baca panjang. Kalau dalam dua kalimah, tak boleh jadi...

    Beza Mad & Bukan Mad

    Huruf Mad (ي و ا) selepasnya jika ada Hamzah (ء) @  sukun @ Sabdu mesti dalam satu kalimah, baru kita boleh baca panjang. Kalau dalam dua kalimah, tak boleh jadi...

  • Sabdu atau Syaddah - Jazmie Jamaludin

    Sabdu atau Syaddah

    Sabdu ataupun Syaddah ( شدة ) mewakili 2 huruf. Contoh زّ، رّ، ضّ ، dan lain-lain huruf semuanya mempunyai cara yang berlainan untuk bunyikannya. Ada 5 situasi cara membunyikan huruf yang...