Menyentuh Kaabah Semasa Tawaf - Jazmie Jamaludin

Menyentuh Kaabah Semasa Tawaf

Permasalahan:

  • Kelihatan ramai orang menyentuh Kaabah, sebahagian mereka menyentuhnya semasa mengerjakan tawaf. Sebahagian mereka menyapu-nyapukan serban masing-masing di bahagian dinding Kaabah. Saya berasa teringin mengikut amalan itu, tetapi saya pernah terdengar, kita tidak boleh menyentuh Kaabah semasa bertawaf. Bagaimanakah kedudukan sebenar amalan ini?

Penyelesaian:

Tidak boleh menyentuh Kaabah semasa tawaf sebab tawaf adalah amalan mengelilingi Kaabah dan salah satu syarat sahnya bahawa hendaklah mengelilingi Kaabah itu di dalam kawasannya iaitu di luar binaan Kaabah dan di dalam Masjidil Haram. Perbuatan menyentuh Kaabah semasa tawaf menjadikan kita dikira tidak mengelililinginya kerana terjejas syarat sahnya.

Di tempat yang disunatkan kita menyentuh Kaabah semasa tawaf iaitu Rukun Yamani, hendaklah berhenti daripada tawaf untuk melakukan amalan sunat ini, baru menyentuhnya, kemudian membetulkan semula kedudukan tubuh badan supaya bahu kiri bersetentang dengan Kaabah, baru menyambung semula pekerjaan tawaf.

Adapun mengucup atau istilam Hajar Aswad sebagai salah satu amalan sunat tawaf, amalan ini dikerjakan semasa akan memulakan tawaf dan tawaf itu bermula apabila kedudukan bahu kiri telah bersetentang dengan Kaabah dan mula gerak kehadapan untuk mengerjakan tawaf. Semasa mengucup atau istilam itu amalan tawaf dikira belum bermula, maka tawaf tidak terjejas kerananya malahan beroleh pahala sunat tawaf. 

Kembali ke blog
1 dari 4
1 dari 4
  • Lafaz Al-Jalalah ( ٱلله )

    Lafaz Al-Jalalah ( ٱلله )

    Kalimah Allah ataupun Lafaz Al-Jalalah asalnya ditulis ada Alif kecil (ٱلله). Tetapi dalam penulisan Rasm Uthmani Alif kecil telah dihazafkan tetapi dalam bacaan masih ada mad / dipanjangkan. Jika dibaca...

  • Huruf ق (Qof) - Jazmie Jamaludin

    Huruf ق (Qof)

    Huruf ق sifat ketebalannya sama seperti huruf غ dan خ. Iaitu sifat Isti'la' dan Infitah. Yakni pangkal lidah ternaik tetapi lidah tiada lekukan.   Maknanya sifat tebal dia tetapi tak...

    Huruf ق (Qof)

    Huruf ق sifat ketebalannya sama seperti huruf غ dan خ. Iaitu sifat Isti'la' dan Infitah. Yakni pangkal lidah ternaik tetapi lidah tiada lekukan.   Maknanya sifat tebal dia tetapi tak...

  • Beza Mad & Bukan Mad - Jazmie Jamaludin

    Beza Mad & Bukan Mad

    Huruf Mad (ي و ا) selepasnya jika ada Hamzah (ء) @  sukun @ Sabdu mesti dalam satu kalimah, baru kita boleh baca panjang. Kalau dalam dua kalimah, tak boleh jadi...

    Beza Mad & Bukan Mad

    Huruf Mad (ي و ا) selepasnya jika ada Hamzah (ء) @  sukun @ Sabdu mesti dalam satu kalimah, baru kita boleh baca panjang. Kalau dalam dua kalimah, tak boleh jadi...

  • Sabdu atau Syaddah - Jazmie Jamaludin

    Sabdu atau Syaddah

    Sabdu ataupun Syaddah ( شدة ) mewakili 2 huruf. Contoh زّ، رّ، ضّ ، dan lain-lain huruf semuanya mempunyai cara yang berlainan untuk bunyikannya. Ada 5 situasi cara membunyikan huruf yang...