#1 MULTAZAM
Multazam adalah antara tempat yang paling mustajab berdoa. Kawasan Multazam ni terletak antara Hajar Aswad dengan pintu Kaabah. Sekiranya jemaah berpeluang mendekati kawasan ini, berdoalah sepuas-puasnya.
#2 HADAPAN PINTU KAABAH
Depan pintu Kaabah juga adalah antara tempat yang paling mustajab berdoa. Selalunya memang sangat sesak keadaan di sini. Jika diberi rezeki oleh Allah untuk jemaah berada di depan pintu Kaabah, jangan lepaskan peluang untuk berdoa dengan bersungguh-sungguh.
#3 HIJIR ISMAIL
Hijir ismail merupakan sebahagian dari kaabah dan memiliki keistimewaan tersendiri yang menjadikan salah satu tempat yang mustajab untuk berdoa. Jika berkesempatan dan ada ruang, lakukanlah solat sunat di sini dan berdoalah sebanyak mungkin ketika berada di situ.
#4 RUKUN YAMANI
Di Rukun Yamani dikatakan di sini Allah SWT mewakilkan seramai 70 Malaikat untuk mengaminkan doa para jemaah. Rukun yamani merupakan sudut Kaabah yang mengarah ke yaman. Saat tawaf lalu sampai di antara rukun yamani, jadi berdoa la sebanyak yang mungkin.
#5 BELAKANG MAQAM IBRAHIM
Di belakang Maqam Ibrahim adalah tempat kebiasaannya para jemaah melakukan solat sunat selepas selesai melaksanakan Ibadah tawaf. Di sini juga adalah antara tempat paling mustajab berdoa. Maka perbanyaklah berdoa ketika berada di Maqam.