Terlupa Terpakai Seluar Dalam, Batalkan Umrah atau Boleh Terus Sambung?
Soalan:
Ada jemaah berihram umrah tidak disedari ada memakai seluar dalam, bila disedari terus dibatalkan umrah itu.
Selepas itu dia berihram umrah lain dan terus menyempurnakannya.
Maka, dalam masa antara ihram pertama dengan yang kedua, boleh ke pakai pakaian biasa (bersarung)?
Apakah hukumnya?
Jawapan:
Ihram umrah yang pertama tidak terbatal, hendaklah ia memakai pakaian ihram semula dan menyempurnakan kerja-kerja umrah yang belum disempurnakan.
Adapun perbuatan memakai pakaian biasa dan seluar dalam itu jika dilakukan dengan keadaan jahil, atau terlupa apabila diberitahu, atau teringat terus ditanggalkan, maka tidak dikenakan dam.
Jika tahu atau diberitahu, ia masih juga mengekalkan hal keadaan tersebut, ia dikenakan Dam Takhyir dan Taqdir dan berdosa.