Qolqolah adalah salah satu sifat huruf. Qolqolah bermaksud lantunan/detakan. Huruf yang terlibat hanyalah 5 huruf iaitu ق ط ب ج د.
Ada 3 jenis Qolqolah iaitu Qolqolah Sugro (tengah kalimah / ayat), Kubro & Akbar (akhir kalimah @ ayat / jika waqof). Cuma Qolqolah Akbar ada sabdu. Setiap Qolqolah diberi nama yang berbeza kerana kedudukannya dan bunyinya.
Qolqolah diwujudkan oleh Ulamak terdahulu agar lebih mudah untuk menyebutnya kerana sifat Jahr (angin terhenti) dan sifat Syiddah (bunyi terhenti). Agak sukar menyebut jika kedua-dua sifat itu terhenti, maka sifat Qolqolah adalah untuk menyenangkan sebutannya.
Cuba bezakan bunyi Qolqolah Sughro dan Kubro terutamanya yang kebiasaan orang menyamakan sebutan / bunyinya. Jangan silentkan bunyi Qolqolah.
Bunyikannya kerana jika tidak membunyikannya kemungkinan kita akan terbuang huruf. Kesalahan besar tu tau.
Hati-hati ye.