Bila 2 huruf yang hampir sifatnya duduk dekat-dekat, kemungkinan bunyi mereka akan tercampur.
Contohnya bunyi س & ح. Ini berlaku kerana ada persamaan sifat. Kedua-duanya ada sifat Hams iaitu ada angin.
Huruf Ha bunyinya pedas manakala Huruf Seen ada Sofir iaitu siulan.
Semasa menyebut Seen, kedudukan hujung lidah di belakang gigi kacip bawah membuatkan ada bunyi siulan.
Kalau salah letak lidah, memang tak dengarlah bunyi siulan tu. Makin jauh lidah dari gigi, makin tajam bunyi siulan.
Kalau huruf Ha pula, kalau tak betul-betul keluar dari tengah Halqum, memang tak pedaslah bunyinya.