Dirempuh Orang Semasa Tawaf Sehingga Beralih Kedudukan Badan / Bahu Yang Mengirikan Kaabah - Jazmie Jamaludin

Dirempuh Orang Semasa Tawaf Sehingga Beralih Kedudukan Badan / Bahu Yang Mengirikan Kaabah

Permasalahan:

  • Ada masanya, semasa mengerjakan tawaf, ada pihak lain melanggar sehingga beralih kedudukan badan/bahu kiri daripada bersententangan kaabah. Apa yang perlu kita lakukan jika berlaku keadaan ini?

Penyelesaian:

Jika kita dilanggar orang semasa mengerjakan tawaf dan beralih kedudukan badan/bahu kiri daripada bersetentangan kaabah, tindakannya adalah seperti berikut:

Pastikan bahu kiri masih bersetentangan kaabah. Jika masih bersetentangan kaabah, walaupun tidak sepenuhnya dengan bahu kiri, maka tawaf tersebut boleh diteruskan kerana ia tidak terbatal.

Jika sekiranya kedudukan bahu kiri kita tidak bersetentangan dengan mana-mana bahagian dinding kaabah termasuk Hijir Ismail, kita masih boleh meneruskan tawaf dengan cara membetulkan semula kedudukan bahu supaya bersetentangan dengan kaabah.

Jika tidak berbuat seperti yang telah dinyatakan, maka ulanglah semula pusingan pada tawaf yang teralih kedudukan bahu kirinya itu daripada kaabah kerana tawaf itu telah terbatal.

Kembali
1 of 4
  • Hukum Bacaan Lafaz Al Jalalah dalam Tajwid Al Quran

    Hukum Bacaan Lafaz Al Jalalah dalam Tajwid Al Q...

    Fahami hukum bacaan Lafaz Al Jalalah dalam tajwid Al Quran. Ketahui bila ia dibaca tebal atau nipis, hukum mad ketika wasol dan waqaf, serta contoh mudah difahami.

  • Huruf ق (Qof) - Jazmie Jamaludin

    Huruf ق (Qof)

    Huruf ق sifat ketebalannya sama seperti huruf غ dan خ. Iaitu sifat Isti'la' dan Infitah. Yakni pangkal lidah ternaik tetapi lidah tiada lekukan.   Maknanya sifat tebal dia tetapi tak...

    Huruf ق (Qof)

    Huruf ق sifat ketebalannya sama seperti huruf غ dan خ. Iaitu sifat Isti'la' dan Infitah. Yakni pangkal lidah ternaik tetapi lidah tiada lekukan.   Maknanya sifat tebal dia tetapi tak...

  • Beza Mad & Bukan Mad - Jazmie Jamaludin

    Beza Mad & Bukan Mad

    Huruf Mad (ي و ا) selepasnya jika ada Hamzah (ء) @  sukun @ Sabdu mesti dalam satu kalimah, baru kita boleh baca panjang. Kalau dalam dua kalimah, tak boleh jadi...

    Beza Mad & Bukan Mad

    Huruf Mad (ي و ا) selepasnya jika ada Hamzah (ء) @  sukun @ Sabdu mesti dalam satu kalimah, baru kita boleh baca panjang. Kalau dalam dua kalimah, tak boleh jadi...

  • Sabdu atau Syaddah - Jazmie Jamaludin

    5 Situasi Sabdu atau Syaddah dalam Al-Quran

    Fahami 5 situasi sabdu atau syaddah dalam tajwid Al Quran. Ketahui maksud, cara bacaan, contoh yang betul, dan sifat khas huruf seperti takrir dan istitolah.