Hukum Batal Wudhu Persentuhan Lelaki & Wanita Semasa Tawaf - Jazmie Jamaludin

Hukum Batal Wudhu Persentuhan Lelaki & Wanita Semasa Tawaf

Permasalahan:

  • Semasa tawaf, persentuhan kulit lelaki dan wanita amat sukar dielakkan, persentuhan akan mudah berlaku terutamanya semasa orang terlalu ramai dan bersesak-sesak mengerjakan tawaf. Bagaimana kita hendak meneruskan tawaf sedangkan wudhu’ kita terbatal dengan persentuhan itu?
  • Ada orang berkata, persentuhan seperti itu tidak disengajakan maka tidak mengapa. Ada orang berkata kita jangan tengok siapa sentuh kita, kita anggap kita bersentuh dengan orang lelaki sahaja (bagi lelaki) dan wanita sahaja (bagi wanita). Ada juga orang berkata kita bertaqlidlah kepada mazhab lain yang kira tidak batal wudhu’ dengan sebab persentuhan lelaki atau wanita yang halal bernikah itu.
  • Jadi, apakah panduan yang kita boleh pakai?

Penyelesaian:

Kenyataan permasalahan ini memang benar telah berlaku, tetapi ketiga-tiga alasan yang dinyatakan tidak boleh menjadi hujah dan alasan yang boleh diterima pakai untuk penyelesaiannya.

Permasalahan ini telah dibincangkan didalam beberapa Muzakarah Peringkat Kebangsaan Perngkursus Ibadat Haji. Rumusannya sebagai panduan kepada jemaah haji & umrah adalah seperti berikut:

Menurut qaul marjuh (pendapat ulama’ golongan minoriti) dalam Mazhab Shafi’e:

TIDAK BATAL WUDHU’ DENGAN SEBAB PERSENTUHAN KULIT LELAKI DAN WANITA YANG HALAL BERNIKAH SEKIRANYA PERSENTUHAN ITU TIDAK MENIMBULKAN SYAHWAT ATAU BERAHI.

Panduan ini boleh dipakai di tempat atau di masa yang sukar untuk mengelakkan daripada berlakunya persentuhan kulit antara lelaki atau wanita semasa bersesak-sesak dalam tawaf, menunggu lif untuk ke masjid, berada di dalam lif dan perjalanan menuju ke Masjidil Haram untuk solat atau tawaf.

Kembali
1 of 4
  • Hukum Bacaan Lafaz Al Jalalah dalam Tajwid Al Quran

    Hukum Bacaan Lafaz Al Jalalah dalam Tajwid Al Q...

    Fahami hukum bacaan Lafaz Al Jalalah dalam tajwid Al Quran. Ketahui bila ia dibaca tebal atau nipis, hukum mad ketika wasol dan waqaf, serta contoh mudah difahami.

  • Huruf ق (Qof) - Jazmie Jamaludin

    Huruf ق (Qof)

    Huruf ق sifat ketebalannya sama seperti huruf غ dan خ. Iaitu sifat Isti'la' dan Infitah. Yakni pangkal lidah ternaik tetapi lidah tiada lekukan.   Maknanya sifat tebal dia tetapi tak...

    Huruf ق (Qof)

    Huruf ق sifat ketebalannya sama seperti huruf غ dan خ. Iaitu sifat Isti'la' dan Infitah. Yakni pangkal lidah ternaik tetapi lidah tiada lekukan.   Maknanya sifat tebal dia tetapi tak...

  • Beza Mad & Bukan Mad - Jazmie Jamaludin

    Beza Mad & Bukan Mad

    Huruf Mad (ي و ا) selepasnya jika ada Hamzah (ء) @  sukun @ Sabdu mesti dalam satu kalimah, baru kita boleh baca panjang. Kalau dalam dua kalimah, tak boleh jadi...

    Beza Mad & Bukan Mad

    Huruf Mad (ي و ا) selepasnya jika ada Hamzah (ء) @  sukun @ Sabdu mesti dalam satu kalimah, baru kita boleh baca panjang. Kalau dalam dua kalimah, tak boleh jadi...

  • Sabdu atau Syaddah - Jazmie Jamaludin

    5 Situasi Sabdu atau Syaddah dalam Al-Quran

    Fahami 5 situasi sabdu atau syaddah dalam tajwid Al Quran. Ketahui maksud, cara bacaan, contoh yang betul, dan sifat khas huruf seperti takrir dan istitolah.