SOALAN:
Saya menunaikan ibadah umrah baru-baru ini. Selepas membuat tawaf sebanyak tujuh kali, saya terus pergi mencium Hajarul Aswad (batu hitam) kerana pada masa itu tidak ramai orang.
Kemudian saya pergi bersai'e. Apabila selesai bercukur & bertahallul, saya pulang ke hotel.
Kawan saya menyatakan, saya tidak boleh mencium Hajarul Aswad kerana masih dalam ihram dan tidak boleh berwangi-wangian. Oleh sebab itu, saya perlu membayar dam.
Bagaimanakah cara saya membayar dam?
JAWAPAN :
Apa yang saudara lakukan itu adalah betul dan tidak wajib membayar dam kerana saudara tidak melakukan kesalahan sebagaimana yang disangka oleh kawan saudara itu.
Sememangnya sunat mencium Hajarul Aswad selepas melakukan ibadah tawaf bagi mereka yang mampu.
Bagi yang tidak mampu melakukannya disebabkan ramai orang, maka sunat melambai tangan ke arah Hajarul Aswad itu sebagai ganti menciumnya.