Mengambil Gambar Atau Bergambar Semasa Tawaf - Jazmie Jamaludin

Mengambil Gambar Atau Bergambar Semasa Tawaf

Permasalahan:

  • Kita ada melihat jemaah haji / umrah yang sedang mengerjakan tawaf dalam satu kumpulan, dalam pada itu ada antara mereka yang keluar daripada kumpulan dan mengambil gambar ahli kumpulan yang sedang bertawaf. Seterusnya yang mengambil gambar itu terus masuk kumpulan semula dan terus bertawaf.

Penyelesaian:

Bergambar semasa kita mengerjakan tawaf, iaitu ada orang lain mengambil gambar kita sedang bertawaf, tidak membatalkan tawaf selama kita masih mematuhi semua syarat sah tawaf termasuklah tujuan tawaf tidak berubah kepada selain tawaf.

Sekiranya kita mengerjakan tawaf untuk bergambar, amalan itu tidak dinamakan ibadat tawaf kerana tujuan asal bagi bertawaf itu adalah untuk bergambar bukan untuk bertawaf.

Mengambil gambar seperti yang dinyatakan dalam permasalahan diatas, batal tawaf orang yang mengambil gambar kerana niatnya telah berubah daripada tawaf, dan kedudukannya semasa mengambil gambar kumpulannya telah berubah daripada mengirikan Ka'abah.

Dia boleh menyambung tawafnya dengan tidak mengambil kira pusingan yang dia mengambil gambar itu. Pusingan itu tidak termasuk ke dalam tujuh kali pusingan bagi tawafnya.

Kembali
1 of 4
  • Hukum Bacaan Lafaz Al Jalalah dalam Tajwid Al Quran

    Hukum Bacaan Lafaz Al Jalalah dalam Tajwid Al Q...

    Fahami hukum bacaan Lafaz Al Jalalah dalam tajwid Al Quran. Ketahui bila ia dibaca tebal atau nipis, hukum mad ketika wasol dan waqaf, serta contoh mudah difahami.

  • Huruf ق (Qof) - Jazmie Jamaludin

    Huruf ق (Qof)

    Huruf ق sifat ketebalannya sama seperti huruf غ dan خ. Iaitu sifat Isti'la' dan Infitah. Yakni pangkal lidah ternaik tetapi lidah tiada lekukan.   Maknanya sifat tebal dia tetapi tak...

    Huruf ق (Qof)

    Huruf ق sifat ketebalannya sama seperti huruf غ dan خ. Iaitu sifat Isti'la' dan Infitah. Yakni pangkal lidah ternaik tetapi lidah tiada lekukan.   Maknanya sifat tebal dia tetapi tak...

  • Beza Mad & Bukan Mad - Jazmie Jamaludin

    Beza Mad & Bukan Mad

    Huruf Mad (ي و ا) selepasnya jika ada Hamzah (ء) @  sukun @ Sabdu mesti dalam satu kalimah, baru kita boleh baca panjang. Kalau dalam dua kalimah, tak boleh jadi...

    Beza Mad & Bukan Mad

    Huruf Mad (ي و ا) selepasnya jika ada Hamzah (ء) @  sukun @ Sabdu mesti dalam satu kalimah, baru kita boleh baca panjang. Kalau dalam dua kalimah, tak boleh jadi...

  • Sabdu atau Syaddah - Jazmie Jamaludin

    5 Situasi Sabdu atau Syaddah dalam Al-Quran

    Fahami 5 situasi sabdu atau syaddah dalam tajwid Al Quran. Ketahui maksud, cara bacaan, contoh yang betul, dan sifat khas huruf seperti takrir dan istitolah.