Niat di Miqat Bagi Jemaah Haji dan Umrah
Perincian Pandangan Fuqaha Mazhab Empat
1. Berniat di Miqat adalah salah satu wajib haji dan umrah. Jemaah yang menuju ke Makkah dan melepasi Miqat Makani tanpa niat ihram sedangkan dia ada kehendak untuk melakukan haji atau umrah, maka dia dikenakan Dam Tertib dan Taqdir.
2. Mereka yang tinggal di antara Makkah dan Miqat Makani yang lima seperti di Jeddah, Bahrah dan lain-lain, maka Miqat haji dan umrahnya adalah dari tempat tinggalnya.
3. Jemaah yang ke Makkah menggunakan visa selain visa umrah dan mempunyai kehendak untuk melakukan umrah, wajib berniat di miqat asal, sama ada niat secara biasa atau niat bersyarat.
Bagi mereka yang melepasi miqat asal tetapi kemudiannya kembali ke miqat asal atau pergi ke mana-mana miqat yang jaraknya sama dengan miqat asal atau pergi ke mana-mana tempat yang jaraknya ke Makkah adalah sama atau lebih jauh dari jarak miqat asalnya ke Makkah boleh berniat di situ tanpa dikenakan dam.
Sekiranya Jemaah tidak dapat kembali semula ke mana-mana tempat di atas, dia boleh berniat di tempat dia hendak memulakan perjalanan ke Makkah tetapi dia dikenakan dam.
Namun sekiranya Jemaah tidak ada kehendak untuk melakukan umrah semasa melepasi miqat asal, tetapi kemudiannya ada kehendak untuk melakukan umrah dan dia belum sampai ke Makkah, maka miqatnya adalah di tempat di mana dia ada kehendak tersebut.
Sumber:
Resolusi Muzakarah Haji Ke-38 (1443H/2021M)