Permasalahan Masa Melontar 3 Jamrah
Soalan:
Apa yang perlu dilakukan jika Jemaah yang telah melontar sebelum Subuh bagi lontaran yang sepatutnya dilakukan selepas Subuh?
Jawapan:
Jika Jemaah Haji masih di Mina, dia hendaklah mengulang balik lontaran ketiga-tiga Jamrah bagi hari tersebut selagi mana waktu melontar masih ada iaitu sebelum tenggelam matahari pada 13 Zulhijjah.
Jika sekiranya Jemaah Haji sudah kembali ke Makkah dan waktu melontar sudah luput, maka dia tidak berdosa tetapi dikenakan dam Tertib dan Taqdir.
Sebaliknya, jika masa masih ada tetapi dia sengaja tidak mahu membuat mengulangi lontaran tersebut tanpa uzur Syar’i, beliau berdosa dan dikenakan Dam Tertib dan Taqdir.