Soal Jawab Berkaitan Haid
Soalan:
Jemaah haji didatangi haid selama 5 hari 5 malam dan setelah bersuci dia telah melaksanakan umrah dan semasa mengerjakan saie selepas tiga pusingan terdapat sedikit darah. Bagaimana hukum umrahnya?
Jawapan:
Jika Jemaah itu kesuntukan masa kerana keperluan yang terdesak (al-hajah) maka bolehlah dianggap tawaf rukun itu telah sah walaupun dilakukan dalam waktu darah haid yang tidak keluar di dalam dan di luar faraj dalam tempoh kebiasaan haid (naqa’) dan dia boleh menyempurnakan umrahnya beserta tahallul. Jika sekiranya Jemaah itu masih mempunyai masa yang lama di Makkah maka hendaklah dia menunggu hingga tempoh kebiasaan haidnya suci. Ini adalah pendapat al-azhar dalam pandangan Mazhab Shafie.