Permasalahan:
- Bagaimana pula jika terkentut semasa tawaf?
Penyelesaian:
Sekiranya terkentut semasa mengerjakan tawaf, maka batal wudhu' dan amalan tawaf selepas itu tidak sah jika diteruskan.
Amalan tawaf yang dikerjakan sebelum terkentut itu adalah sah, tidak terbatal.
Hendaklah pergi mengambil wudhu yang baru dan menyambung semula tawaf berkenaan sehingga selesai. Sambungan tawaf boleh dimulakan dengan pusingan yang terkentut itu berlaku.
Contohnya:
Jika terkentut berlaku pada pusingan ke lima, maka mulakan sambung tawaf untuk pusingan kelima. Pusingan pertama hingga keempat telah sempurna sah.