Tidak Bercukur / Bergunting Akibat Terlupa & Telah Memakai Pakaian Biasa - Jazmie Jamaludin

Tidak Bercukur / Bergunting Akibat Terlupa & Telah Memakai Pakaian Biasa

Permasalahan:

  • Ada pertanyaan dari jemaah bahawa mereka terlupa untuk bercukur / bergunting rambut. Semasa di Marwah selepas sa’ie, mereka bercadang untuk bergunting rambut di bilik hotel. Sebaik sampai di bilik, mereka terus mandi dan memakai pakaian biasa. Kemudian baru teringat yang mereka belum bergunting. Bagaimana dengan ihram mereka?

Penyelesaian:

Ihram mereka belum selesai sehingga mereka bergunting. Mereka memakai pakaian biasa itu, bagi perempuan tidak ada apa-apa masalah kerana mereka tidak ada apa-apa larangan dalam ihram dari segi pakaian selain menutup muka dan memakai sarung tangan.

Bagi lelaki, mereka memakai pakaian biasa sebelum bergunting seperti dalam kes ini, dikira tidak sengaja, maka tidak ada dam dan tidak berdosa dengan syarat dia segera menanggalkan pakaian itu sebaik menyedari atau mendapat tahu dia masih berada dalam ihram.

Panduannya, mereka hendaklah segera menanggalkan pakaian yang dilarang memakainya semasa dalam ihram dan terus bergunting rambut untuk bertahallul.

Kembali
1 of 4
  • Hukum Bacaan Lafaz Al Jalalah dalam Tajwid Al Quran

    Hukum Bacaan Lafaz Al Jalalah dalam Tajwid Al Q...

    Fahami hukum bacaan Lafaz Al Jalalah dalam tajwid Al Quran. Ketahui bila ia dibaca tebal atau nipis, hukum mad ketika wasol dan waqaf, serta contoh mudah difahami.

  • Huruf ق (Qof) - Jazmie Jamaludin

    Huruf ق (Qof)

    Huruf ق sifat ketebalannya sama seperti huruf غ dan خ. Iaitu sifat Isti'la' dan Infitah. Yakni pangkal lidah ternaik tetapi lidah tiada lekukan.   Maknanya sifat tebal dia tetapi tak...

    Huruf ق (Qof)

    Huruf ق sifat ketebalannya sama seperti huruf غ dan خ. Iaitu sifat Isti'la' dan Infitah. Yakni pangkal lidah ternaik tetapi lidah tiada lekukan.   Maknanya sifat tebal dia tetapi tak...

  • Beza Mad & Bukan Mad - Jazmie Jamaludin

    Beza Mad & Bukan Mad

    Huruf Mad (ي و ا) selepasnya jika ada Hamzah (ء) @  sukun @ Sabdu mesti dalam satu kalimah, baru kita boleh baca panjang. Kalau dalam dua kalimah, tak boleh jadi...

    Beza Mad & Bukan Mad

    Huruf Mad (ي و ا) selepasnya jika ada Hamzah (ء) @  sukun @ Sabdu mesti dalam satu kalimah, baru kita boleh baca panjang. Kalau dalam dua kalimah, tak boleh jadi...

  • Sabdu atau Syaddah - Jazmie Jamaludin

    5 Situasi Sabdu atau Syaddah dalam Al-Quran

    Fahami 5 situasi sabdu atau syaddah dalam tajwid Al Quran. Ketahui maksud, cara bacaan, contoh yang betul, dan sifat khas huruf seperti takrir dan istitolah.