Tips Nak Jadi Tetamu Allah - Jazmie Jamaludin

Tips Nak Jadi Tetamu Allah

Tips ini bukan untuk riak, bukan tunjuk lagak tapi untuk ajak.

Ramai yang cakap, sesiapa yang Allah jemput itu mesti ada duit simpanan yang banyak atau mencukupi untuk bayar pakej. SALAH!

Allah tak jemput siapa yang mampu.

TAPI..

Allah jemput siapa yang ingin kesana, 

Allah jemput siapa yang rindu,

Allah jemput siapa yang berusaha kesana.

Tanamkan dalam hati, pasangkan niat dalam setiap solat, setiap doa.

Ada yang ajar, doa lah setiap kali kita berbuat baik sebagai contoh,

“Jika ada pahala dalam sedekah aku, Kau jemputlah aku untuk mengerjakan umrah.”

Bukan bermaksud kita berkira dengan Allah sampai meminta balasan. Tapi itu yang sebenarnya lebih disukai Allah bila hambaNya meminta kepadaNya.

Tambahkan lagi keinginan dengan melakukan langkah pertama iaitu melihat dan mengkaji selidik pakej umrah yang bersesuaian dengan bajet.

Untuk yang ingin pertama kali ke tanah suci, tak perlu pakej yang mahal atau hotel dekat atau umrah premium jika mampu untuk berjalan jauh sebab di sana kita akan banyak menghabiskan masa beritikaf di Masjid.

Kecuali jika membawa ahli keluarga yang kurang kekuatan dan upaya untuk berjalan jauh, elok la mengambil pakej hotel dekat untuk memudahkan urusan.

Bila dah jumpa yang bersesuaian dan yakin, boleh terus mendaftar dengan membayar deposit.

Seeloknya ambil tarikh yang panjang 6-9 bulan sebelum berangkat jika kuatir tidak mampu untuk mengumpul duit yang banyak sekaligus.

Ada yang cakap, duit tak ada nak pergi umrah, belum cukup duit, tak mampu sebab pakej mahal.

Cakap kan doa.. Kenapa kita perlu doa yang tak molek?

Bila kita dah daftar, secara automatik kita akan ada rasa tanggungjawab untuk menabung, berjimat cermat. Di situ lah Allah akan bantu bila Dia nampak kesungguhan kita..

Bila dah dijemput, Allah jentik hati untuk rasa rindu ke sana lagi dan lagi dan lagi.

KERANA APA?

Bila disana kita lupa segala masalah,

Bila disana kita jumpa ketenangan jiwa,

Bila disana kita berebut tingkatkan ibadah,

Bila disana kita pakat kejar pahala,

Bila disana kita berusaha berubah,

Bila disana kita belajar agama,

Bila disana rasa dekat dengan Si Pencipta,

Bila disana terubat rindu pada RasulNya.

Buat kita tak mahu pulang menambah dosa bukan sebab kita lupa keluarga.

Tapi buat kita mahu bawa seluruh keluarga bersama, menikmati apa yang kita rasa.

Kembali
1 of 4
1 of 4
  • Lafaz Al-Jalalah ( ٱلله )

    Lafaz Al-Jalalah ( ٱلله )

    Kalimah Allah ataupun Lafaz Al-Jalalah asalnya ditulis ada Alif kecil (ٱلله). Tetapi dalam penulisan Rasm Uthmani Alif kecil telah dihazafkan tetapi dalam bacaan masih ada mad / dipanjangkan. Jika dibaca...

  • Huruf ق (Qof) - Jazmie Jamaludin

    Huruf ق (Qof)

    Huruf ق sifat ketebalannya sama seperti huruf غ dan خ. Iaitu sifat Isti'la' dan Infitah. Yakni pangkal lidah ternaik tetapi lidah tiada lekukan.   Maknanya sifat tebal dia tetapi tak...

    Huruf ق (Qof)

    Huruf ق sifat ketebalannya sama seperti huruf غ dan خ. Iaitu sifat Isti'la' dan Infitah. Yakni pangkal lidah ternaik tetapi lidah tiada lekukan.   Maknanya sifat tebal dia tetapi tak...

  • Beza Mad & Bukan Mad - Jazmie Jamaludin

    Beza Mad & Bukan Mad

    Huruf Mad (ي و ا) selepasnya jika ada Hamzah (ء) @  sukun @ Sabdu mesti dalam satu kalimah, baru kita boleh baca panjang. Kalau dalam dua kalimah, tak boleh jadi...

    Beza Mad & Bukan Mad

    Huruf Mad (ي و ا) selepasnya jika ada Hamzah (ء) @  sukun @ Sabdu mesti dalam satu kalimah, baru kita boleh baca panjang. Kalau dalam dua kalimah, tak boleh jadi...

  • Sabdu atau Syaddah - Jazmie Jamaludin

    Sabdu atau Syaddah

    Sabdu ataupun Syaddah ( شدة ) mewakili 2 huruf. Contoh زّ، رّ، ضّ ، dan lain-lain huruf semuanya mempunyai cara yang berlainan untuk bunyikannya. Ada 5 situasi cara membunyikan huruf yang...