3 huruf 1 Makhraj. Huruf ث ذ ظ berkongsi satu Makhraj iaitu HUJUNG LIDAH SENTUH HUJUNG GIGI KACIP ATAS.
Tetapi setiap huruf mempunyai kesamaan dan perbezaan sifat. Antara kesamaan sifat ظ & ذ ialah kedua-dua nya tiada angin (Jahr) & suara terlepas (Rokhowah).
Tetapi ظ tebal (Isti'la' - Pangkal lidah terangkat) manakala ذ nipis (Istifal - Pangkal lidah terletak@leper).
Huruf ذ & ث adalah nipis (Istifal) tetapi huruf ث ada angin (Hams) manakala huruf ذ tiada angin (Jahr).