Huruf غ & Kedudukan Lidah Ketika Menyebut - Jazmie Jamaludin

Huruf غ & Kedudukan Lidah Ketika Menyebut

Huruf غ sama makhraj dengan huruf خ yakni di Hujung Halqum. Cuma berbeza dari keadaan anginnya. Huruf غ Jahr(angin tersekat), huruf خ Hams (angin terlepas). 

Huruf غ selalunya ramai tertukar dengan huruf ر. Tetapi makhraj mereka jauh berbeza. Huruf غ di hujung halqum atau pangkal lidah sebelum anak tekak manakala huruf ر makhrajnya di hujung lidah. Pangkal dan hujung, bezakan? 

Walaupun ada yang beralasan tidak pandai sebut huruf R sebab itu tak pandai sebut ر, kita jangan terus biarkan. Mesti usaha agar bunyi huruf غ dan ر berbeza. Boleh tertukar makna tau.  

Kesalahan lain yang biasa dilakukan lagi untuk huruf غ ialah menipiskannya kerana mengikut sebutan Bahasa Melayu. Contoh; maghrib. Biasanya disebut magrib dan disebut nipis. 

Huruf غ huruf tebal. Jangan biasakan sebut 'gha' yang nipis nanti tersilap bila menyebut غَیۡرِ dalam Fatihah. 

{ صِرَ ٰ⁠طَ ٱلَّذِینَ أَنۡعَمۡتَ عَلَیۡهِمۡ غَیۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَیۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّاۤلِّینَ }

[Surah Al-Fâtihah: 7]

Kalimah ٱلۡمَغۡضُوبِ juga ramai buat silap dengan Qalqalahkan huruf غ, tukar sifat Rakhawah jadi Syiddah, nipiskan huruf غ ataupun nak tebalkan huruf غ, muncungkan mulut. 

Nak tebalkan huruf غ, keadaan pangkal lidah (yang dekat anak tekak) mesti naik, baru bunyinya tebal. 

Jangan risau jika bunyinya tak sama tebal dengan huruf-huruf yang bersifat Itbaq (lidah lekuk) iaitu huruf ظ ط ض ص kerana huruf غ lidah tak lekuk atau Infitah. 

Tak perlukan isymam atau muncung bibir untuk tebalkan bunyi. Belajar cara yang betul dengan guru yang mahir dengan makhraj dan sifat huruf. 

Kedudukan lidah huruf غ dan خ adalah sama. Isti'la' dan Infitah. 

Huruh غ

Kembali
1 of 4
  • Hukum Bacaan Lafaz Al Jalalah dalam Tajwid Al Quran

    Hukum Bacaan Lafaz Al Jalalah dalam Tajwid Al Q...

    Fahami hukum bacaan Lafaz Al Jalalah dalam tajwid Al Quran. Ketahui bila ia dibaca tebal atau nipis, hukum mad ketika wasol dan waqaf, serta contoh mudah difahami.

  • Huruf ق (Qof) - Jazmie Jamaludin

    Huruf ق (Qof)

    Huruf ق sifat ketebalannya sama seperti huruf غ dan خ. Iaitu sifat Isti'la' dan Infitah. Yakni pangkal lidah ternaik tetapi lidah tiada lekukan.   Maknanya sifat tebal dia tetapi tak...

    Huruf ق (Qof)

    Huruf ق sifat ketebalannya sama seperti huruf غ dan خ. Iaitu sifat Isti'la' dan Infitah. Yakni pangkal lidah ternaik tetapi lidah tiada lekukan.   Maknanya sifat tebal dia tetapi tak...

  • Beza Mad & Bukan Mad - Jazmie Jamaludin

    Beza Mad & Bukan Mad

    Huruf Mad (ي و ا) selepasnya jika ada Hamzah (ء) @  sukun @ Sabdu mesti dalam satu kalimah, baru kita boleh baca panjang. Kalau dalam dua kalimah, tak boleh jadi...

    Beza Mad & Bukan Mad

    Huruf Mad (ي و ا) selepasnya jika ada Hamzah (ء) @  sukun @ Sabdu mesti dalam satu kalimah, baru kita boleh baca panjang. Kalau dalam dua kalimah, tak boleh jadi...

  • Sabdu atau Syaddah - Jazmie Jamaludin

    5 Situasi Sabdu atau Syaddah dalam Al-Quran

    Fahami 5 situasi sabdu atau syaddah dalam tajwid Al Quran. Ketahui maksud, cara bacaan, contoh yang betul, dan sifat khas huruf seperti takrir dan istitolah.