Huruf Tebal & Nipis. Apa Bezanya? - Jazmie Jamaludin

Huruf Tebal & Nipis. Apa Bezanya?

Dalam Bahasa Melayu tiada huruf tebal nipis. Kita tidak bergantung pada kedudukan lidah untuk menentukan sebutan nipis atau tebal tetapi, dalam bahasa Arab, semuanya diambil kira.

Keadaan lidah, mulut, angin, bunyi, tempat keluar huruf, mesti tepat. Tak boleh agak-agak sahaja. Tak boleh biasakan dengan istilah "tak pe lah janji boleh baca".

Huruf-huruf Arab ni sensitif. Mudah tersalah jika kita tak ambil tahu tentang kedudukan lidah dan lain-lain tu. 

Salah huruf, salah makna. 

Keadaan lidah ada 3 jenis. 

1) Istifal + Infitah = Tarqiq / Nipis

Huruf-hurufnya: 

ب ت ث ج ح د ذ ر ز س ش ع ف ك ل م ن و ه ء ي

Ada juga huruf yang bersifat Istifal + Infitah dengan keadaan tertentu menjadi tebal. 

Contohnya huruf ل dan ر. 

Jadi tidak semestinya bila huruf itu Istifal + Infitah, ia adalah nipis 100%. Kena kecualikan 2 huruf ini

2) Isti'la' + Itbaq = Tafkhim / Tebal dalam semua baris / harakat

Huruf-hurufnya:

ص ض ط ظ

3) Isti'la' + Infitah =

Tafkhim (baris atas dan depan), Tafkhim Nisbi (baris bawah). 

Huruf-hurufnya:

ق خ غ

Istilah tajwid:

Tafkhim = tebal

Tarqiq = nipis

Istifal = belakang lidah menurun.

Isti'la' = belakang lidah menaik.

Infitah = permukaan lidah rata.

Itbaq = permukaan lidah lekuk. 

Tafkhim Nisbi = separuh tebal. 

Kembali
1 of 4
  • Hukum Bacaan Lafaz Al Jalalah dalam Tajwid Al Quran

    Hukum Bacaan Lafaz Al Jalalah dalam Tajwid Al Q...

    Fahami hukum bacaan Lafaz Al Jalalah dalam tajwid Al Quran. Ketahui bila ia dibaca tebal atau nipis, hukum mad ketika wasol dan waqaf, serta contoh mudah difahami.

  • Huruf ق (Qof) - Jazmie Jamaludin

    Huruf ق (Qof)

    Huruf ق sifat ketebalannya sama seperti huruf غ dan خ. Iaitu sifat Isti'la' dan Infitah. Yakni pangkal lidah ternaik tetapi lidah tiada lekukan.   Maknanya sifat tebal dia tetapi tak...

    Huruf ق (Qof)

    Huruf ق sifat ketebalannya sama seperti huruf غ dan خ. Iaitu sifat Isti'la' dan Infitah. Yakni pangkal lidah ternaik tetapi lidah tiada lekukan.   Maknanya sifat tebal dia tetapi tak...

  • Beza Mad & Bukan Mad - Jazmie Jamaludin

    Beza Mad & Bukan Mad

    Huruf Mad (ي و ا) selepasnya jika ada Hamzah (ء) @  sukun @ Sabdu mesti dalam satu kalimah, baru kita boleh baca panjang. Kalau dalam dua kalimah, tak boleh jadi...

    Beza Mad & Bukan Mad

    Huruf Mad (ي و ا) selepasnya jika ada Hamzah (ء) @  sukun @ Sabdu mesti dalam satu kalimah, baru kita boleh baca panjang. Kalau dalam dua kalimah, tak boleh jadi...

  • Sabdu atau Syaddah - Jazmie Jamaludin

    5 Situasi Sabdu atau Syaddah dalam Al-Quran

    Fahami 5 situasi sabdu atau syaddah dalam tajwid Al Quran. Ketahui maksud, cara bacaan, contoh yang betul, dan sifat khas huruf seperti takrir dan istitolah.