![Huruf ح Dalam Tajweed - Jazmie Jamaludin](http://jazmiejamaludin.com/cdn/shop/articles/huruf-dalam-tajweed-jazmie-jamaludin_5442207d-c276-4108-85f1-059d0c86f6eb.jpg?v=1689415385&width=1100)
Huruf ح Dalam Tajweed
Huruf ح sama makhraj dengan huruf ع iaitu di tengah halqum. Huruf ح biasanya selalu tertukar dengan huruf ھ kerana sifat-sifat mereka hampir sama tetapi hams/angin ح lebih kuat/banyak. Bukaan lebih besar@lebih jauh menyebabkan angin hembur keluar tanpa sekat.
Huruf ھ ada sifat khafa' iaitu bunyi bisik dan tersembunyi.
Jika kita samakan huruf H dengan ح & ھ, boleh menyebabkan tertukar bunyi.
Contohnya; dalam Bahasa Melayu, kita menulis atau menyebut 'Alhamdulillah' tanpa makhraj tertentu.
Tetapi jika membaca kalimah 'ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ' dengan menyamakan bunyi ح & ھ, boleh menukar makna.
Jika tersilap baca,
{ ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِینَ } ✅
{ ٱلۡهَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِینَ } ❌
di dalam solat, boleh menyebabkan solat kita tidak sah.